Kaedah ini mengenal pasti corak sesuatu kejadian yang berlaku dan watak seseorang. Bukan hanya kajian keatas beratus manusia, tetapi berbilion manusia. Kaedah ini dinamakan metafizik.
Kaedah yang digunakan ini adalah satu panduan untuk memahami karektor, sifat positif, negatif dan potensi setiap individu bagi membuat strategi dan perancangan peningkatan diri sendiri, keluarga dan rakan taulan. Ianya telah dipermudahkan untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian atau karier atau perniagaan kita.
Bukan menilik nasib yang HARAM di sisi Islam, tetapi memahami apakah yang terkandung di dalam ketetapan hidup supaya boleh merangka strategi dan tindakan untuk aktiviti pembetulan, pencegahan, penambahbaikian dan peningkatan kehidupan kita.
Bukan meramal nasib yang juga HARAM, tetapi membantu manusia merangka satu jadual perjalanan hidup yang lebih berkesan, demi mencapai kepuasan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Usaha mesti ada, sesuai dengan firman Allah swt, bermaksud lebih kurang, Allah tidak akan mengubah keadaan seseorang itu, jika dia tidak berusaha mengubah keadaan diri sendiri.
PENGIRAAN TARIKH LAHIR :
Nombor kod asas yang diperolehi adalah 5.
Element : TANAH
Warna : Kuning, Coklat
Jangan Pakai : Hijau
Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu. suka bebas, suka shopping, kena keluar dari rumah, suka melakukan sesuatu dan buat dengan excited, boleh buat lebih dari satu kerja dalam satu masa dan mampu melakukannya, pandai ambil risiko, pandai cari peluang, ada semangat yang kuat, centered of attraction (ramai orang yang berminat), boleh buat sale/marketing, boleh goreng dan boleh buat orang percaya
Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu. emosi tidak konsisten, keras kepala.
Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti
3) Perlu fokus dalam kerja yang banyak,
4) Kawal emosi sebab mudah moody
Kerjaya:
Hartanah, politik, arkitek, kontraktor, perakaunan, pekebun dan peladang, saham dan sekuriti
Golongan yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia), Erra Fazira (pelakun popular), Aishwarya Rai (pelakun Bollywood), Bambang Susilo (presiden Indonesia), Soekarno (bekas presiden Indonesia), Ronaldo ( bintang bolasepak Brazil), Abraham Lincoln (bekas presiden USA), Britney Spears (penyanyi di USA)
Nombor Chasis bagi elemen ini adalah 4,7,5 iaitu nombor-nombor penting dalam elemen 5 yang bersangkut paut dengan diri kita:
Pengiraan diatas adalah untuk mengetahui potensi diri melalui kod asas sahaja..untuk menjadi usahawan dan jutawan perlu menitik berat elemen-elemen dan ciri-ciri pada kod jutawan untuk BERJAYA dengan CEMERLANG :
PENGIRAAN KOD JUTAWAN :
Nombor kod jutawan adalah no 6 iaitu bulatan paling bawah :
Huraian :
Anda adalah JUTAWAN yang penuh dengan duit. Sepanjang hidup, anda banyak mendapat wang. Usaha-usaha yang anda buat adalah untuk memiliki wang yang banyak. Semasa anda mati, anda memiliki banyak wang.
Nombor Nombor yang dibulatkan adalah nombor yang berkaitan dengan diri untuk menjadi jutawan yang hebat. Setiap kelemahan perlu diubah dan diatasi dengan sebaik mungkin :-
Kenapa perlukan potensi diri ?
KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.
PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).
KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.
PiERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwnan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.
KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.